CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 21 Jun 2010

Keahlian S-KAD


  1. KEAHLIAN

- S-KAD ialah kad pengenalan bagi Program Ganjaran yang dianjurkan oleh Suhaili Optometris untuk kelebihan para pelanggan Pusat Cermin Mata dan Kanta Sentuh SUHAILI OPTOMETRIS.

- S-KAD bukan kad kredit @ kad caj.

- Bayaran pemprosesan untuk ahli S-KAD ialah RM5 seumur hidup.

- Keahlian S-KAD adalah terbuka kepada semua pelanggan Suhaili Optometris di Alor Setar dan Jitra.

- Kelulusan S-KAD tertakluk sepenuhnya kepada pihak Suhaili Optpmetris dan memenuhi syarat-syarat dan peraturan.

- Bayaran RM5 akan dikenakan untuk setiap permohonan penggantian kad baru yang disebabkan kehilangan, kecurian atau kerosakan S-KAD.

- S-KAD boleh digunakan oleh mana-mana individu yang membuat pembelian dengan Suhaili Optometris sama ada di Alor Setar atau cawangan Jitra.

- Sebarang penbatalan keahlian akan menyebabkan kehilangan mata ganjaran.

- Ahli mesti melaporkan sebarang perubahan alamat di Suhaili Optometris.

- Ahli S-KAD mestilah mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

  1. KELEBIHAN S-KAD

- Untuk setiap RM10.00 yang dibelanjakan, 1 mata ganjaran akan dikumpul KECUALI bagi pembelian dibawah RM10.00 dalam satu resit.

- Untuk menikmati harga istimewa S-KAD dan pengumpulan mata ganjaran, ahli mestilah menunjukkan S-KAD kepada kakitangan Suhaili Optometris sebelum urusniaga dilakukan. Jika tidak berbuat demikian, mata ganjaran tidak dapat dikumpul. Sebarang resit dengan tarikh lepas tidak dilayan.

- Mata ganjaran S-KAD adalah sah dalam dua (2) tahun dari tarikh mata ganjaran dikumpulkan. Selepas 2 tahun, mata ganjaran akan dilupuskan.

- Diskaun ekstra 5% akan diberikan kepada pembelian bingkai sahaja dan akan diberi mengikut waktu-waktu promosi yang di tetapkan sahaja.

  1. TUNTUTAN HADIAH

- Hanya ahli S-KAD yang sah dengan mata ganjaran yang mencukupi dibenarkan menukar hadiah mata ganjaran.

- Tuntutan hadiah perlu dibuat oleh ahli sendiri.

- Ahli dikehendaki menunjukkan S-KAD dan kad pengenalan atau paspot untuk pengesahan semasa penukaran mata ganjaran.

- Mata ganjaran yang dikumpul tidak boleh dituntut dengan wang tunai atau barangan yang bukan ditentukan oleh Suhaili Optometris.

- Hadiah tntutan mata ganjaran adalah berdasarkan stok sedia ada. Suhaili Optometris berhak menggantikan atau menukar hadiah ganjaran dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

- Hadiah yang dituntut perlu diambil oleh ahli sendiri.

- Hadiah mata ganjaran yang dituntut tidak boleh ditukar atau dikembalikan.

  1. UMUM

- Suhaili Optometris berhak membatalkan segala program S-KAD pada bila-bila masa tanpa notis dan segala kerugian ahli S-KAD tidak ditanggung oleh Suhaili Optometris.

- Suhaili Optometris berhak untuk menggunakan pengkalan data pelanggan untuk tujuan promosi.

- Suhaili Optometris berhak membuat keputusan berkaitan program S-KAD dan sebarang rayuan dari pihak ahli S-KAD tidak akan dilayan.

0 comments: