CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 24 Ogos 2010

7 LANGKAH MUDAH UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN KANTA SENTUH

Memakai kanta sentuh adalah senang dan mudah. Namun, penting untuk kita mengikuti beberapa langkah mudah ini untuk memastikan kesihatan optimum dan keselesaan kepada mata anda.

  1. Pastikan tangan anda bersih.

Bakteria dan mikrob daripada tangan yang kotor akan menyebabkan jangkitan myriad yang akan mengganggu mata dan kanta sentuh. Basuh tangan anda dengan sabun dan keringkan sebelum mengendalikan kanta sentuh.

  1. Kendalikan kanta dengan cermat.

Tanggalkan kanta sentuh dan letakkan diatas tapak tangan.

  1. Gosok kanta dengan lembut.

Titiskan cecair pencuci diatas sebelah bahangian kanta dan gosok dengan lembut selama 10 saat. Pusingkan kanta ke sebelah bahagian yang lain dan ulang proses yang sama.

  1. Bilas kanta sentuh anda.

Bilas kedua-dua belah kanta selama 5 saat dengan cecair pencuci.

  1. Letakkan dalam bekas kanta.

Letakkan kanta sentuh yang telah dicuci dengan cermat ke dalam bekas kanta dan isikan bekas tersebut dengan cecair pencuci. Tutup bekas dengan ketat. Pastikan anda sentiasa menggunakan cecair pencuci yang baru.

  1. Rendam kanta anda

Biarkan kanta direndam sekurang-kurangnya 4 jam untuk keselesaan maksimum.

  1. Bilas semula sebelum memakai kanta sentuh.

Bilas kanta sentuh anda dengan cecair pencuci sebelum melekapkan kanta di mata anda. Buang cecair yang telah digunakan.

PERINGATAN :- Pastikan anda memakai kanta sentuh sebelum bersolek dan tanggalkan kanta sebelum menanggalkan solekan.

0 comments: