Beli 2 KOTAK ==> PERCUMA 1 Kotak
HANYA RM 100
Sabtu, 16 Oktober 2010
Promosi Kanta Sentuh
Posted by Suhaili Optometris at 12:36 PG 0 comments
Labels: Kanta Sentuh
Jumaat, 27 Ogos 2010
Promosi Kaca Mata Gelap (Sunglass)
Posted by Suhaili Optometris at 9:02 PG 0 comments
Labels: Promosi
Khamis, 26 Ogos 2010
Promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri Yang Bakal Tiba!!!
Posted by Suhaili Optometris at 11:50 PTG 0 comments
Selasa, 24 Ogos 2010
Promosi Ulangtahun ke-5 Suhaili Optometris Alor Star dan Promosi Pembukaan Suhaili Optometris Jitra
Posted by Suhaili Optometris at 8:18 PG 0 comments
7 LANGKAH MUDAH UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN KANTA SENTUH
Memakai kanta sentuh adalah senang dan mudah. Namun, penting untuk kita mengikuti beberapa langkah mudah ini untuk memastikan kesihatan optimum dan keselesaan kepada mata anda.
- Pastikan tangan anda bersih.
Bakteria dan mikrob daripada tangan yang kotor akan menyebabkan jangkitan myriad yang akan mengganggu mata dan kanta sentuh. Basuh tangan anda dengan sabun dan keringkan sebelum mengendalikan kanta sentuh.
- Kendalikan kanta dengan cermat.
Tanggalkan kanta sentuh dan letakkan diatas tapak tangan.
- Gosok kanta dengan lembut.
Titiskan cecair pencuci diatas sebelah bahangian kanta dan gosok dengan lembut selama 10 saat. Pusingkan kanta ke sebelah bahagian yang lain dan ulang proses yang sama.
- Bilas kanta sentuh anda.
Bilas kedua-dua belah kanta selama 5 saat dengan cecair pencuci.
- Letakkan dalam bekas kanta.
Letakkan kanta sentuh yang telah dicuci dengan cermat ke dalam bekas kanta dan isikan bekas tersebut dengan cecair pencuci. Tutup bekas dengan ketat. Pastikan anda sentiasa menggunakan cecair pencuci yang baru.
- Rendam kanta anda
Biarkan kanta direndam sekurang-kurangnya 4 jam untuk keselesaan maksimum.
- Bilas semula sebelum memakai kanta sentuh.
Bilas kanta sentuh anda dengan cecair pencuci sebelum melekapkan kanta di mata anda. Buang cecair yang telah digunakan.
PERINGATAN :- Pastikan anda memakai kanta sentuh sebelum bersolek dan tanggalkan kanta sebelum menanggalkan solekan.
Posted by Suhaili Optometris at 7:54 PG 0 comments
Labels: Kanta Sentuh
Isnin, 28 Jun 2010
PENGUMUMAN PENTING!!!!
Kepada semua pelanggan, Suhaili Optometris cawangan Jitra telah berpindah ke kedai baru di alamat
Posted by Suhaili Optometris at 6:16 PG 0 comments
Isnin, 21 Jun 2010
Profesionalisme Optometris
- Pemeriksaan mata secara professional.
- Penyaringan penyakit mata di peringkat awal.
- Konsultansi masalah akomodasi, juling, serta latihan ortoptik.
- Mempreskripsikan cermin mata serta kanta sentuh.
- Konsultansi penggunaan cermin mata dan kanta sentuh.
- Pembuatan cermin mata dan penempahan kanta sentuh.
Posted by Suhaili Optometris at 6:47 PG 0 comments
Keahlian S-KAD
- KEAHLIAN
- S-KAD ialah kad pengenalan bagi Program Ganjaran yang dianjurkan oleh Suhaili Optometris untuk kelebihan para pelanggan Pusat Cermin Mata dan Kanta Sentuh SUHAILI OPTOMETRIS.
- S-KAD bukan kad kredit @ kad caj.
- Bayaran pemprosesan untuk ahli S-KAD ialah RM5 seumur hidup.
- Keahlian S-KAD adalah terbuka kepada semua pelanggan Suhaili Optometris di Alor Setar dan Jitra.
- Kelulusan S-KAD tertakluk sepenuhnya kepada pihak Suhaili Optpmetris dan memenuhi syarat-syarat dan peraturan.
- Bayaran RM5 akan dikenakan untuk setiap permohonan penggantian kad baru yang disebabkan kehilangan, kecurian atau kerosakan S-KAD.
- S-KAD boleh digunakan oleh mana-mana individu yang membuat pembelian dengan Suhaili Optometris sama ada di Alor Setar atau cawangan Jitra.
- Sebarang penbatalan keahlian akan menyebabkan kehilangan mata ganjaran.
- Ahli mesti melaporkan sebarang perubahan alamat di Suhaili Optometris.
- Ahli S-KAD mestilah mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
- KELEBIHAN S-KAD
- Untuk setiap RM10.00 yang dibelanjakan, 1 mata ganjaran akan dikumpul KECUALI bagi pembelian dibawah RM10.00 dalam satu resit.
- Untuk menikmati harga istimewa S-KAD dan pengumpulan mata ganjaran, ahli mestilah menunjukkan S-KAD kepada kakitangan Suhaili Optometris sebelum urusniaga dilakukan. Jika tidak berbuat demikian, mata ganjaran tidak dapat dikumpul. Sebarang resit dengan tarikh lepas tidak dilayan.
- Mata ganjaran S-KAD adalah sah dalam dua (2) tahun dari tarikh mata ganjaran dikumpulkan. Selepas 2 tahun, mata ganjaran akan dilupuskan.
- Diskaun ekstra 5% akan diberikan kepada pembelian bingkai sahaja dan akan diberi mengikut waktu-waktu promosi yang di tetapkan sahaja.
- TUNTUTAN HADIAH
- Hanya ahli S-KAD yang sah dengan mata ganjaran yang mencukupi dibenarkan menukar hadiah mata ganjaran.
- Tuntutan hadiah perlu dibuat oleh ahli sendiri.
- Ahli dikehendaki menunjukkan S-KAD dan kad pengenalan atau paspot untuk pengesahan semasa penukaran mata ganjaran.
- Mata ganjaran yang dikumpul tidak boleh dituntut dengan wang tunai atau barangan yang bukan ditentukan oleh Suhaili Optometris.
- Hadiah tntutan mata ganjaran adalah berdasarkan stok sedia ada. Suhaili Optometris berhak menggantikan atau menukar hadiah ganjaran dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Hadiah yang dituntut perlu diambil oleh ahli sendiri.
- Hadiah mata ganjaran yang dituntut tidak boleh ditukar atau dikembalikan.
- UMUM
- Suhaili Optometris berhak membatalkan segala program S-KAD pada bila-bila masa tanpa notis dan segala kerugian ahli S-KAD tidak ditanggung oleh Suhaili Optometris.
- Suhaili Optometris berhak untuk menggunakan pengkalan data pelanggan untuk tujuan promosi.
- Suhaili Optometris berhak membuat keputusan berkaitan program S-KAD dan sebarang rayuan dari pihak ahli S-KAD tidak akan dilayan.
Posted by Suhaili Optometris at 6:31 PG 0 comments
Latar Belakang Suhaili Optometris
Syarikat ini adalah syarikat enterprise yang dimiliki oleh 100% BUMIPUTERA. Mempunyai cawangan di Bandar Darul Aman Jitra, Kedah yang telah beroperasi sejak 1 OGOS 2009
AKTIVITI PERNIAGAAN UTAMA SYARIKAT
Syarikat ini merupakan syarikat perkhidmatan iaitu melakukan pemeriksaan mata secara komprehensif oleh optometris yang bertauliah serta penjualan cermin mata , kanta sentuh dan aksesori yang berkaitan.
Alamat Berdaftar (Syarikat)
36 Taman Pulai Jaya,
Jalan Langgar,
05460, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Alamat Operasi Syarikat
CAWANGAN UTAMA:
SUHAILI OPTOMETRIS
56 GF Kompleks Sultan Abdul Hamid,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Jalan Pegawai,
05050 Alor Setar.
Kedah.
04-7722273
CAWANGAN
SUHAILI OPTOMETRIS
No 2, Taman Sri Cempaka,
019-4464832
Posted by Suhaili Optometris at 5:57 PG 0 comments